The One and Only
insomnia
Saturday, December 4, 2010 • 12/04/2010 10:38:00 AM • 0 comments


assalamualaikum w.b.t
selamat pagi
good morning
10:39 already !
Today, I wanna tell you something. Tanpa disedari, qeela juga mengidap penyakit nie. Insomnia! wah ape tu ? makanan ke, atau sejenis haiwan mamalia?
Bukanlah, insomnia ni,. boleh dikategorikan sebagai satu penyakit. bahaya ke?
bahaya lahh jugakk kepada budak-2 sekolah macam awak tuh ! hehe,*diri sendiri pun sme
ohh tadi qeela kata, qeela mengidap penyakit nie. betul ke?
Alhamdulillah. Buat masa ni, qeela tak ada sebarang penyakit dan sihat walafiat . *Bersyukur kepada Tuhan yg maha Esa.

Tapii,,,, eh ade tapi-2 pulak ? jeng, jeng, jeng ..! ha macam qeela cakap tadi, tanpa disangka, qeela ada penyakit insomnia.
kesian korangkan, tahu tak ape tu insomnia ? kepada yang dah tahu, tersangatlah bagus. Syabas diucapkan sebab banyak membaca, banyak ilmu, banyak pengetahuan (: *berikan tepukan yang paling gemuruh
kepada yang belum tahu, meh la kite kenal dengan penyakit insomnia nie :)

Insomnia atau lebih dikenali dengan nama lainnya, diffilculty in sleeping - susah tidur. :D
ha dah tahu ? semalam, sempat qeela tengok jam sebelum tidur, qeela tidur pukul 3 setengah pagi. wahhh lewat kan. ape nak jadi lah ni.

maksud insomnia dengan lebih mendalam
|
|
V

Kebanyakan orang pernah sekali-sekala mengalami masalah sukar untuk tidur. Ia merupakan satu perkara biasa dan mungkin tidak di anggap sebagai satu masalah kesihatan. Janganlah berasa risau sekiranya anda mengalami kesukaran untuk tidur pada ketika tertentu dalam kehidupan anda.
Insomnia ialah merasa sukar untuk tidur dan tidur dengan nyenyak atau merasa seperti tidak cukup rehat walaupun telah tidur secukupnya. Maka pesakit yang menghidap insomnia ialah mereka yang merasakan tidak cukup tidur/tidak dapat tidur nyenyak di malam hari dan kurang aktif/bertenaga di siang hari..
Tanda tidur yang mencukupi ialah apabila anda bangun di pagi hari dan merasa bertenaga dan telah berehat secukupnya. Sebanyak mana tidur yang anda perlukan bergantung kepada individu dan mungkin hanya 4 jam semalam atau mungkin sehingga 10 jam. Fisiologi tidur berubah apabila umur seseorang semakin meningkat. Tempoh tidur di kalangan warga tua adalah lebih pendek berbanding mereka yang pertengahan umur. Tidur mereka menjadi kurang nyenyak dan lebih kerap terjaga di waktu malam. Warga tua mungkin akan lebih banyak tidur di waktu siang. Kanak-kanak biasanya memerlukan tidur yang lebih banyak berbanding dengan orang dewasa.
Jadi bolehlah dikatakan bahawa insomnia bukanlah masalah berapa jam seseorang itu tidur, tetapi setakat mana tidur itu merehatkan diri.

okey ape pulak punca insomnia neh ?
  1. Krisis hidup atau tekanan "stress".
  2. Masalah bunyi sekeliling
  3. Suhu melampau
  4. Perubahan sekeliling
  5. tidur lama diwaktu siang
  6. Kesan sampingan ubat-ubatan yang dimakan
  7. Ubat yang tidak dirujuk "Nonprescription": seperti ubat diet, pelega hidung "decongestants", selsema dan ubat batuk
  8. Ubat diberikan "prescription" oleh doktor seperti: steroids, theophylline, phenytoin, levodopa
  9. Waktu kerja yang berpanjangan dari pagi sehingga lewat malam.
  10. makan terlalu banyak di waktu malam.

--> menghilangkan Insomnia :

1. Sebelum tidur, hendaknya untuk mandi air hangat. Mandi air hangat akan menyebabkan kesan sedasi atau merangsang tidur. Selain itu, mandi air hangat juga mengurangkan ketegangan tubuh. Selain itu perbanyaklah meminum air putih, hindari minum kopi ataupun makanan dan minuman berkafein dari petang hingga malam menjelang tidur.

2. Berhentilah memikirkan masalah yang anda miliki atau bimbang tentang melupakan apa yang harus anda lakukan besok.

3. Buatlah Ruangan tidur anda senyaman mungkin, seperti mematikan lampu kamar, dan mematikan suara yang mengganggu.

4. Pastikan anda bangun di waktu yang sama setiap pagi. Tak peduli bagaimana kualitas tidur anda, usahakan untuk bangun. Ini akan membantu tubuh anda terbiasa dengan rutinitas.

5. Biasakan berolahraga. Namun jangan berolahraga tepat sebelum tidur.

6. Atur keadaan bilik senyaman mungkin, tenang, sedikit gelap. Jika jam dinding membuat anda sukar terlelap sebaiknya jangan tidur menghadap jam.

Semoga Tips Menghilangkan Insomnia ini dapat membantu menangani masalah susah tidur anda. :)


so, friend ;)‌

heyy heyy, I've got to end now. There's someone at the door . see ya next time ! chao (:


The name given is Aqilah Zahirah Zulhisham. She loves to blogging since 2007 :)She lives in Kuala Lumpur,Malaysian. There is her own story of love and disappoinment, grief and happiness.

Diary About
 Sweet Stalker


Hi readers! Tekan iklan bawah ni untuk dapatkan duit :) masyukk !!
Template By: Umi Humaira
Owner: Qilaazahiraaa