The One and Only
AZ
Saturday, March 13, 2010 • 3/13/2010 09:51:00 PM • 0 comments



Tension nyeeeeeeeeee!!!!!!!!’ jerit aku di dalam kamar..’perggh’ bole plak dia marah-marah aku macam tu’aku bermonolog lagi. Dengan kebosanan yang melanda, aku terus duduk di hadapan komputer yang terletak di ruang tamu dan membuka facebook.aku taip status. Then delete gambar-gambar yg tak berguna. Haha. Aku ketawa sendirian. Bosan. Sungguh bosan. Surah al-baqarah mula kedengaran di surau yang berdekatan rumah aku. Aku segera singout facebook dan terus shut down computer. Aku mengambik wuduk dan bersiap-siap untuk menuanikan solat fardhu maghrib. Selepas itu aku mengambil al-quran dan terus mengaji dengan suara lunakku. Aku tersedar. Aku baru tersedar seperti orang yang baru sedar daripada koma, aku mengambil buku-buku sekolah dan membuat latihan. Aduh ! kelam-kabut nye. Aku menyedari yang esok merupakan hari peperiksaan di sekolah ku. Peperiksaan pertama yang akan berlangsung pada tahun 2009.

* * *

Jarak rumahku dengan sekolah tidak lah sejauh mana. Hanya berjalan kaki sudah sampai. Lebih kurang pukul 7:10 pagi aku sudah berada di tapak perhimpunan sekolah. Aku mendengar tazkirah yang dibaca oleh ustaz Yusuf tiap-tiap pagi. Bukan hari ini sahaja, lebih kurang setiap hari tazkirah akan dibaca oleh ustaz tepat pukul 7:15 pagi. Kemudian, aku beratur untuk naik ke kelas. Peperiksaan bermula. Aku buat sedaya yang mungkin. Tidak tahu betul atau salah. Bahasa inggeris, aku memang lemah dalam mata pelajaran ini, aku tidak yakin boleh skor. Aku takut. Gemuruh. Dan aku hentam sahaja. Apabila peperiksaan berakhir pada hari itu. Aku berasa lega. Aku beraharap dan berharap semoga tidak ada mata pelajaran yang gagal walaupun baru ujian semester satu . aku sudah berusaha sedaya yang mungkin. Aku tidak lah sepandai mana. Aku tidak genius dan tidak pandai seperti nur amalina Che Bakri yang mendapat 17A1 dalam SPM dan tidak juga seperti Nik Nur Madihah yang telah memperoleh 21A1 dalam SPM beliau baru-baru ini. Aku cumalah pelajar biasa dan kadang-kadang aku sangat malas membuat kerja sekolah yang diberi oleh guru. Aku teringin juga hendak merasa menjadi seorang popular dalam masyarakat kini. Tetapi, usaha perlu lebih mantap. Haha.. aku masih mengingati , kata emak aku, di mana ada kemahuan di situ ada jalan.

* * *

Malam khamis. Esok keputusan SPM tahun 2009 akan keluar. Mesti ramai bekas pelajar calon SPM tidak sabar-sabar untuk mengetahui keputusan mereka. Aku pula cuak. Esok ujian semester satu yang terakhir akan berlangsung. Aku cuak. Matematik tambahan yang aku belajar sebelum ni semua dah hilang dalam ingatan. . aku pun tidak tahu apa yang aku ingat. Sekejap sahaja masa berlalu. Sekarang dah pun masuk bulan mac. Aku masih ingat sewaktu aku mula-mula masuk dalam sekolah ini. Sekolah yang penuh nostalgia. Kini umurku kian meningkat , tahun depan aku akan ambil siil pelajaran Malaysia. Aku gemuruh. Apatah lagi pelajaran-pelajaran tingkatan empat aku sudah lupa. “ elina !!! study .. study esok periksa. Apa nak jadi lah..” tiba-tiba suara mama kedengaran dari dapur. Aku kembali ke alam nyata. “yelaa..” jawabku sepatah. Okey mood aku hari ni mungkin tak berapa baik,. Rase malas semacam je nk study. Aku bosan. Bosan duduk dalam rumah dan study. Aku ingin rasa betapa indahnya tinggal di hostel bersama rakan-rakan, mengulangkaji bersama dan tidur bersama tetapi anagan-anagan itu aku buang jauh-jauh. Aku tahu tidak ksampaian kerana aku mungkin tinggla di rumah ini sampai tamat persekolahanku hingga tingkatan lima.

“hello” aku menyahut.

“dah study science dah?” ohh.. meera rupenye. Kataku di dalam hati.

“dah sikit.”

“kau paham tak meiosis, metosis pe bende merepek, aku pening kepala lah” keluh meera di corong telefon. Aku tahu, aku juga pening. Kalau ujian itu menjelma jadi manusia. Ingin sekali aku belasah ujian itu kerana telah membuatku gelabah. Ttapi hakikatnya hanyalah sesuatu yang tidak bernyawa. Semata-mata untuk menguji tahap pencapaian aku dan yang lain.

“perggh.. aku lgi x paham. Nanti aku bace semula la..”

“serius malam ni aku tak tido..” beritahu meera. Tak tido? Semata-mata membaca buku? Oh my.. rajinnya dia.. puji ku dalam hati.

“okay la nti kalau ada pape aku mesej ko k., byee” balas meera menamatkan perbicaraan.

“ok bye..”

Aku segera membuka buku dan membaca. Sejarah juga. Dengan penuh kusyuk, aku membaca dan berserah sahaja pada tuhan. Esok berakhirlah ujian.


The name given is Aqilah Zahirah Zulhisham. She loves to blogging since 2007 :)She lives in Kuala Lumpur,Malaysian. There is her own story of love and disappoinment, grief and happiness.

Diary About
 Sweet Stalker


Hi readers! Tekan iklan bawah ni untuk dapatkan duit :) masyukk !!
Template By: Umi Humaira
Owner: Qilaazahiraaa