The One and Only
erti kesibukan
Friday, March 12, 2010 • 3/12/2010 11:00:00 PM • 0 comments




Tidak menang tangan dibuatnya apabila bermacam-macam perkara perlu dilakukan sepanjang minggu ini. jika ada yang menjual masa, mahu saja saya membelinya. Tidak kiralah sekilo RM1 atau lebih mahal pun tidak mengapa asalkan dapat melunaskan semua tuntutan yang diperlukan sepanjang minggu ini dengan masa yang dibeli.

Benar, memang mudah sekali bunyinya jika masa boleh dibeli. Tetapi hakikatnya, kita semua ketahui bahawa masa itu tidk boleh dibeli dan akan berlalu meninggalkan kita tanpa disedari.

Emosi pula sangat rapuh , baru tercuit bahu sikit melentingnya bukan main. itu belum kira di ajak makan, berbual-bual atau berjalan-jalan. Jawapan yang menyakitkan telinga jika ada berani bertanyakan.

Saya tidak pernah terfikir hal ini boleh berlaku kerana kesibukan kita tidak dapat disedari. Jika terlalu sibuk mungkin perkataan yang dikeluarkan tanpa perasaan dan boleh menyakitkan hati yang lain. sepatah ditanya maka sepatah juga dijawab.

Jika ada yang terluka, saya minta maaf tetapi jika perkataan telah menjadi kebiasaan, maka tidak beerti lagi. okey, kerana kesibukan kita akan menyakiti hati seseorang tanpa kita sedari.. Apalah erti sibuk kalau hanya menjauhkan diri daripada seseorang.

p/s: sibuk macamana pun kita masih boleh tersenyum. Walaupun homework berlambak skalipun kita boleh meluangkan masa bersama rakan2. barulah kesibukan kita itu berbaloi. sibuk itu tidak kemana jika kita hanya mengikut perasaan.



The name given is Aqilah Zahirah Zulhisham. She loves to blogging since 2007 :)She lives in Kuala Lumpur,Malaysian. There is her own story of love and disappoinment, grief and happiness.

Diary About
 Sweet Stalker


Hi readers! Tekan iklan bawah ni untuk dapatkan duit :) masyukk !!
Template By: Umi Humaira
Owner: Qilaazahiraaa