The One and Only
I'm back !
Monday, November 29, 2010 • 11/29/2010 09:40:00 AM • 0 comments

hello and very good morning ! :D
semalam qeela baru je balik dari PD tepat jam 1:20 tengahari. Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar seperti yang dirancang. qeela suka sangat masa tinggal dekat hotel The Legend! memang best + syok gilaaa lah. baik punya hotel. kat situ jugak, syarikat ayah qeela buat hari keluarga. So, sewa hotel , makan, minum, semuaaa sekali syarikat ayah qeela yang bayar ;)

hm, nanti qeela akan update and kongsi-2 cerita masa dekat sanaa okay ? :D hari nie qeela nak story pasal semalam punya kejadian. masa qeela and family balik dari PD, lalu depan rumah jiran qeela. ada khemah. So, kitorang fikir laa mungkin baru buat kenduri kesyukuran atau kenduri kahwin.

Malam tu, adik qeela on fb, dia bagitahu yang abang kepada kawan dia, telah meninggal dunia pada hari jumaat lepas. iaitu pada 26/11/2010 , sama dengan hari kitorang pergi holiday dekat PD. kitorang tanya lah, kat mana rumah kawan adik qeela tu, dia cakapdekat depan khemah yang kitorang lalu tadi.

lepas tu, qeela pulak on fb. wahh qeela terkejut sangat bila dapat tahu abang kepada kawan adik qeela tu, adalah jiran qeela sendiri ! rupa-rupanya khemah yang kitorang tengok tadi khemah untuk kenduri tahlil. :'( takziah kepada ahli keluarga arwah..

dan, qeela sangat-sangat terkejut bila dapat tahu, arwah adalah pelajar tingkatan lima yang sedang ambil SPM pada tahun ni. baru dua kertas dia dapat ambil :'(
Arwah juga seorang pelajar SMK Seri Keramat,iaitu sekolah bersebelahan dengan sekolah qeela, SMK Lembah Keramat. sekolah kitorang memang tinggal sejiran ! arwah meninggal selepas pergi kelas tambahan dan dilanggar sebuah lori. dalam metro ada .

Innalillah hi wa innahirajiun... kepada yang membaca, sedekah kan Al-fatihah kepada Naim, semogaa dia ditempatkan dikalangan orang-2 yang beriman ! Amin, Amin ya robal al'Amin !...

Kita yang masih bernyawa, tidak tahu bila nyawa kita akan ditarik. ajal maut ditangan Tuhan. oleh itu, segeralah bertaubat ke jalan yang benar agar kita dimasukkan ke syurga kelak. SubhanaAllah... rasa macam banyak sangat buat dosa D':

The name given is Aqilah Zahirah Zulhisham. She loves to blogging since 2007 :)She lives in Kuala Lumpur,Malaysian. There is her own story of love and disappoinment, grief and happiness.

Diary About
 Sweet Stalker


Hi readers! Tekan iklan bawah ni untuk dapatkan duit :) masyukk !!
Template By: Umi Humaira
Owner: Qilaazahiraaa