The One and Only
Kenangan Manis bersama Jirim
Monday, December 27, 2010 • 12/27/2010 11:27:00 AM • 0 comments



kemkom comel :)


Jirim memang BEST ! kat sini, banyak 'kembar' kawan-kawan saya kat sekolah ! apa yang kembar ? Ha baca cerita kat bawah ! :)

p/s: sorry tulisan semue hitam je .

24 DISEMBER 2010

keluarga hantar aku pergi Nur Lembah Bestari, Uluyam. Lepas mendaftar diri, mak dan ayah aku tinggalkan aku kat sana. Buat apa kat sana ? okay nanti ana cerita. Lepas tu, tanpa disangka jumpa kak jaja! :) Akak form 5 yang satu sekolah dengan aku,.

Tepat jam 4.00 petang, kitorang pasang khemah! First time pasang khemah, sebab selalunye kalau pergi kem, orang atas dah siap pasangkan. Masa tu lah aku kenal dengan Naimah(rupa dia sangat serupa dengan Nabihah) and Nurliz(muka macam dewi classmate aku). Dorang pasang khemah sekali dgn aku. lepas pasang, kitorang jalan2 kat uluyam tu, then kitorang kenal pulak dengan Ida, Ada n Ira :) kitorang gi kat jambatan gantung yang panjang tu. Lepas tu Ira lompat2 kat situ. HAHA, ktorang menjerit, nasib baik tak jatuh. ngeee.

Jam 4:30 kitorang solat asar. Lepas tu akak2 fasi bagi buat kerja masing2. kitorang lepak kt dlm khemah jer . hehe. Malam tu pulak, akak fesi suro berkumpul dlm surau. sebab nak bahagi-2 kan khemah masing2. satukhemah duduk 4 orang. Tapi, disebabkan khemah kitorang rumah banglo, besar punye khemah, kene sumbatkan 6 orang sekali gus. hak3.. akk tu suro budak2 khemah kecik dok depan ,khemah besa dok belakang.

"shhh senyapje, tak paya dok blkang" dah muncul perangai jahat kitorang. hek3.

so kitorang dok je kat depan sbb xnk kongsi 6 org sekali. huahuahua. Naimah, Nurliz dan aku buat muka selamber.

dan tiba2 akk tu kata, "sape yang takde khemah jgn carik akk lgi. tido je kat luar"

wahh, cuak la kitorang bertiga. So cepat2 kitorang pergi belakang. hahaha, Lepas dah kumpul kt belakang, akk tu pun bahagi2 kn khemah.

"sape name ahli baru ?" aku tanya Naimah. heh Naimah sengih, sedap ayat uh.. dye ckp. nama ahli baru 'farah', dye satu khemah dengan kitornag jugak. perangai pun gila2 jugak lebih kurang kite tigee. "eh korang satu sekolah eyh?" tanya kawan baru(tak ingat nama).

"eh,tak lah.kitorang pun baru je kenal tadi"

"ohh, tapi korang mcm dah kenal lama"..
hehehe, sengih.

Lepas solat maghrib, kemkom suruh kitorang ikhlaskan diri. Sape2 yang dtang sini sebab mak ayah dia paksa, abang paksa ke, atau kakak. atau dtg sini sbb Bosan duduk rumah ke, mestilah tukar niat kita , kita datang sini untuk berubah menjadi orang yang lebih baik, lebih beriman dan menjadi muslimah sejati! IMPACT 2 PERFECT . kitorang semua berniat, yang ktorg dtg untuk berubah menjadi lebih baik :)

Sampaikan masa akhir kem abg fesi ckp, ada sorang peserta lelaki dengan ikhlas datang kedepan bagi kotak rokok. Dia bagi untuk berubah menjadi lebih baik ! Semua dah ubah niat. Niat datang sini, untuk BERUBAH menjadi yang terbaik !

Malam tu lepas makan dan solat isyak, kitorang kena duduk dalam kumpulan. Aku ditempatkan dalam kumpulan 10. Sejak itu lah, aku mengenali rakan-rakan yang sangat baik hati dan saling bekerjasama. Aku kenal dengan <FF0099>Kiki, Anis, Wani, Amilin, Izzah, Aini, Maryam, Huhus, Aida dan fesilitator yang sangatt baikk, iaitu KAKLONG a.k.a Nurul Najwa bte Yusuf :) seriously, I Love Them So Much ! =)FF0099>

Macam2 permainan yang menyeronokkan kitorang buat sampailah permainan itu tamat pada pukul 2 pagi. Semua permainan yang telah kitorang main, bukan saja menyeronokkan malah banyak pengajaran yang kami dapat ! Contohnya, rebut Impian.

Setiap orang punya impian .Kitorang tulis impian dan masukkan dlm satu botol. Semua kumpulan ada botol masing2. And Then botol2 tu diletakkan di tengah2 fesi. Fesi pula memegang tangan antara satu sama lain dengan sekuat-kuatnya untuk menjaga botol impian kitorang tersebut supaya tidak boleh kitorang ambil. Lepas tu, kakak fesi suruh kitorang ambil impian kita dalam botol tersebut. Ambil dengan apa cara sekalipun. Kitorang serbu ramai2 tanpa mempedulikan semua orang. Yang penting, botol itu dapat. Kesian tengok fesi-2 semua sebab dilanyak dengan kitorang.

Lepas tu,akak fesi yang lain suruh kitorang berhenti ambil botol tu dengan tegas.
"BERHENTI! BERHENTI ! DAH, SEMUA PERGI KELUAR . PERGI BUAT BARISAN KAT LUAR. CEPAT!"

Kitotang yang tengah blur ikut arahan akk tu. Pelik kitorang, kenapa akak fesi tiba-tiba marah dan halau kitorang keluar ?

Lepas buat barisan mengikut kumpulan, kemkom suruh kitorang buat barisan lurus ikut kumpulan masing-masing dari kumpulan 1 sampai kumpulan 30. Kitorang kena kawad pukul 12 malam tu. Lepas tu, baru lah kitorng tahu kenapa kitorang kena halau dengan salah seorang akk fesi .

kemkom cakap " fasi baik tak dengan kamu semua ?"

"BAIKK..." balas kitorang semua.

"Habis tu, kenapa lanyak fasi ? kenapa langgar fesi? main redah je fasi2 tu? Kamu tahu tak, semata-mata kamu nak dapatkan impian kamu, kamu lanyak orang lain. akk kata kamu boleh ambil dengan apa cara sekali pun.Tapi, kamu tak kesian ke kat fesi2, kamu langgar diorang, kamu lanyak diornag.."

senyap.

"satu kumpulan je dapat berfikir dengan baik. mana kumpulan 16 ! bagitahu dorang, cmne kamu ambil impian kamu. akak nak sorang je wakil bagitahu."

"kitorang minta baik-baik dengan fasi"

"Fasi bagi tak !?"

"Bagi .. "

"Ha, tengok tu, kenapa kamu semua tak minta baik-baik ? kenapa korang lanyak fesi? fesi baik sangat dengan kamu semuaa. cuba bagitahu kenapa korang sanggup lanyak fesi semata-mata nak ambil impian kamu?"

"Tak berfikir dahulu sebelum buat" Jawab salah seorang peserta.

"Ha jadi jadikan ini sebagai satu pengajaran.Jangan ulangi perbuatan ni lagi."

Lepas tu, kitorang masuk dlm surau balik. Kitorang main 'bila angin bertiup', BESTT SANGAT ! permainan ni lebih kurang mcm rebut kerusi jugak tapi lain sikit . Permainan lgi best :) Dlm permainn ni kita dapat tahu hobi ahli kumpulan kita :)

Dan banyak lagii permainan yang seronok dan banyak pengajaran,kalau nak tahu, pergilah JIRIM ! ngeee~ Rugi kalau x pergi :) Best sangat. Lepas tu, sebelum tidur kemkom bagi assingment kat kitorang suruh siapkan. bila-bila je kemkom akan mintak. kemkom buat cmni aku rasa dah mcm kat universiti dah . hihihi, kemkom ckp kemkom saja buat cmni sbb nak bagi kitorg rasa cmner dok universiti.

Pukul 2 pagi, kitorang kena balik khemah masing2. serius takboleh nak tidur, memang la mengantuk sangat tapi tak bole nak tidur. Then NurLiz n Farah borak2. Naimah dah tidur.Dia memang mengantuk giler. Wana dgn Ima taktahu buat ape. dorang tido hujung. Nurliz sebelah Farah kat tengah2, pastu Naimah n aku tido tepi sekali. Aku pula baring jer, tapi x tido. Lepas tu kitorang dengar khemah depan cakap ..

"Jam aku habis bateri, phone aku takde line "

NurLiz cakap " wahh semuanye mati " kitorg gelak ramai2 dlm khemah. LOL.

Nurliz ckp lgi" laa, korang pun xleh tido gak ker ? haha habis tu korang dgr kitorng ckp ke, laa asal x ckp skali. ngeh3" hehe x hbes2 ngan perangai giler dye uh..

akhirnya, selepas penat bebual, terlena jugak kitorang mlm tu bersama teman2 baru :)

*****

25 DICEMBER 2010 - rasa macam kat PLKN pula.

Kitorang bgn Pukul 3:30 pagi. sebab dengar bunyi jam khemah sebelah..NurLiz ckp"dari tadi aku dgr bunyi jam neh, sakit telinga aku, kite dengar tapi tuan jam ni x dgr, kite yg bgn, tpi dye x bgn2 lgi." hahaha, sempat lagi mengutuk org pagi2 bute nie. satu khemah ketawa dengar Nur Liz ckp. Lepas tu kitorang istigfar , tak baik kutuk org en.ngeh3.

Wahh dapat tidur setengah jam je ! Bangun tersangat awal sebab, first, kemkom suruh datang surau tepat jam 5 pagi- ada qiamullail. Second, Kena baratur masuk bilik mandi. Sebabnya, bilik mandi ada 7 je, kitorang pulak ada 300 orang. mana larat nak tunggu, sorang mandi 1 jam. bapak lama. Third, rasa nak mandi sbb badan dh mcm ape je sbb smalam x mndi petang.

Pagi tu lepaske surau, kitorang kena KAWAD ! Wahh dah macam ada kat PLKN pulak,pepagi kena kawad. Tapi kitorang baru 3 hari , plkn 3 bulan !

Lepas tu bersenam bersama-sama. :)

then Pukul berapa tah tak ingat, kitorang ada aktiviti KEMBARA AL-QURAN. Kena masuk dlam hutan :) Kena cari check point, lengkapkan puzzle ! Aktiviti nie lah banyak kenangan manis yang dapat bersama kumpulan 10 :')

Kitorang naik bukit kat dalam hutan same2. masa ni tak terasa lagi betapa sakitnya kaki. sekarang neh baru rasa. kitorang redah sungai sama-2 ! Sungai tu sejuk sangat sampai menggeletar dok dlm tu. Tapi best ! hee. Air sungai deras sangat ! Then untuk maju kedepan dengan baik dan selamat, kitorang sekumpulan jalan dam air, sambil pegang tangan sekuat-kuatnya. Jalan dalam sungai bersama-sama.

Memang banyak aktiviti pada hari tu. Dan, sanagt menyeronokkan, petang tu pulak, hujan lebat ! Nasib baik hujan lepas kitorang balik dari hutan. nasib baik sempat sampai sebelum hujan turun. Pukul 6 setengah petang semua ambil peserta perempuan ambil beg masing2 dalam khemah dan pindahkan kat dalam dewan sebab khemah bocor ! peserta lelaki punya khemah taktahu la bocor ke tak. banyak betul cabarn kitorang.



Malam tu, kitorang takthu nak tidur kat mana sebab khemah masing2 semua dah masuk air. Lepas tu, akak fesi cakap, group alpha dan beta boleh tidur kat dewan. group Alpha kt dewan bawah surau. group beta dewan kat bwah . wahh memang seronok la sebab dalam dewan ada air-cond ! ngeee~ dapat tidur dengan lenanya. kitorang tidur satu group same2.

Hari sabtu tu memang penat sangat2. sampai memalam, tu letak jer kepala atas bantal, terus terlelap mata :)

*******

26 DISEMBER 2010 - hari terakhir :'(

kitorang bangun awal satu kumpulan sebab malas nak beratur tunggu turn untuk mandi. kitorang bangun pukul 4 pagi. tengok je bilik mandi, kitorang berlari dalam senyum. nak tahu sebab apa ? sebab takde orang ! so tak payah nak beratur. HAHAHAA. !

Lepas mandi, solat sunat tahajjud, taubat dan hajat . Lepas tu, solat subuh dan baca AL-mathurat ! Rasa tenang sangat jiwa nie :) Selama tiga hari , tak pernah mencarut dan cakap benda yang bukan2. Thanks akak fesi and kemkom sebab lancarkan kempen taknak mencarut ! ngeee~ akhirnya, berjaya laksanakan tangungjawab supaya tak mencarut lagi..

Lepas tu, kitorang kena kawad lagii. bagus! suka sangat3. Then lepas kawad dan sarapn, kemkom suruh lari pergi stadium bestari, sebab yang berbahagia nak datang, kitorang kena jemput dia.

Kitorang dapat sijil :) Abang fesi masa bagi sijil nie, dye suruh peserta lelaki cangkung. Then bila dia dengar peserta perempuan gelak, dia suruh kitorang cangkung jugak. hak3. Ape2 pun, bestt la jugak sebab abng fesi ni suka buat lawak. mengade-ngade pn ade gak. huahuahua.

Pukul 12:30 kitorang makan tengahari, dan ibubapa semua peserta datang untuk ambik. Group aku semua mak ayah dorang ambil lambat ! Tapi, aku je ayah aku ambik cepat sangat ohh ! urgghh !! tak puas hati doo. dah datang ambik lepas t nak marah2, baik ta payah ambik! lagi aku ska ! dok kat situ dengan kawan2 and akak fasi n kemkom ! Sepuluh kali ganda lagi2 best ! Tak sempat nak peluk akak fesi ! Tapi, nasib baik ayh aku mintak maaf kat aku balik. hurm..

Dear kaklong , I miss you soo muchh ! and, all my friends who join the JIRIM !
Ape2 pun, JIRIM bestt sangat :') aku akan berubah menjadi yang terbaik :')
p/s : I miss you guys ! Jirim ! SEDIA, MANTOP, SUBHANALLAH !!



The name given is Aqilah Zahirah Zulhisham. She loves to blogging since 2007 :)She lives in Kuala Lumpur,Malaysian. There is her own story of love and disappoinment, grief and happiness.

Diary About
 Sweet Stalker


Hi readers! Tekan iklan bawah ni untuk dapatkan duit :) masyukk !!
Template By: Umi Humaira
Owner: Qilaazahiraaa