The One and Only
memories with them :')
Sunday, February 13, 2011 • 2/13/2011 03:53:00 PM • 0 comments

Fuhhh.. akhirnya selamat sampai rumah :')
aku baru balik dari camping tau dekat sekolah je.
hehe best doh tido kat sekali dengan takde airnye lagi
memang bagos lah, siang takde air, malam pulak air punyalah laju mcm air sungai kan.
to Rabbani Traing Center, Thanksss :") sumpah Besstt !
Pukul 3 petang sampai sekolah dengan beg besar2 macam nak lari dari rumah je. sedangkan 3 hari 2 malam je camping tuh. sampai sekolah,terus daftar. Lepas tu, kenal2 fesilitator. Fesi-2 sume baik-2 :) cAmping tuh memang besstt gila3 tapii meh aku nak cerita hari pertama kat camp tu. kitorang sume memang mengutuk lah kan,rase nak blik rumah nak ngadu kat mak malam tu jugakk tapi lama2 macam taknak balik je.

11 Febuari 2011

Kena beratur dekat tapak perhimpunan sebelum dapat khemah masing-2. Memang dasyat giler lah kem tu sebab first day kat situ teramatlah penat. Wallet,Handphone,Radio,Purse, Barang2 kemas, Jam tangan, semuaa tu kena rampas, Fesi pegangg sampai akhir kem. So kitorang memang tak pernah tengok jam lah, taktahu pukul berapa, bila dan bagainye 3 hari kat kem tu.
Dah dapat khemah, kemas barang2 masukkan dalam khemah. Lepas tu, ade aktiviti dekat Dalam surau. Malam kitorang tidur pukul 12 pagi. Tapi, KemKom suruh beratur pulak depan kantin. Tapi, sebab kitorang lambt, tak menepati masa, ;ewat seminit pun tak boleh, kitorang iaitu semua peserta2 kem, kesemuanya kena DENDA ! Maybe time tuh dah pukul 1 pagi, kitorang kena lari satu padang tuh, telinga aku ie dah dengar dah dorang sume memang sakit hati lah dengan kemkom, tapi terpaksa jugak ikut arahan kalau taknk kena lagii. balik khemah, memang tak boleh nak tidur lah sebab dah berlari2, summpah penat sangat. Besok fesi2 kejutkan kitorang , malam tu kitorang tidur pukul 2 pagi.

12 Febuari 2011
Kitorang bangun pukul barapa pun tak tahu sebab jam takde, sedar2 je terus pegii mandi sebab taknak berebut bilik mandi. malas nak tunggu and beratur panjang2. dah mandi tuh, ramaii laa org dahh bangn n gi mndy. tapi, sebab kitorang teramat lah bising, suare macam ape jee cakap wajib kuat2. haha, then cikgu terbangun and diaa suroo kitorang tidur balikk sebab baru pukul 3 pagii. aloloo.. hampeh je. tapi takpe, sebab kitorang dah mandi kan, tapi memang tak boleh nak tidur laa then kitorang satu khemah borak2 sampai pukul 4 setengah pagii.

pastu gi surau, buat solat sunatt and baca yassin. kire qiamullail lahh. Then banyak lah aktiviti hari nie, yang mencabar lahh jugakk, tyme kitorang buat 'obtacles'. kire mencabar lahh sampai masok sungai smk lembah keramat :P serius wangi gilax laa dalam tu, sebab buat pon dalam sekolah kan, so terpaksa la masok dlm tu walaupun hati nie memang berat nak masok. Time kem kat Ulu Yam, JIRIM buat dulu, memang sungai betol2 lah kitorang masok, tapi nie just sungai olok2, hahaha. Dah la mase tuh hujan. sabaar jee. :) Baju and seluar dah kotor kena lecak and wtv kat situ, tak bolee blaa aku menjerit sebab nampak katak.

Malam pulak, Ustaz Taufik daripada ostro oasis (imam muda), datang bagi ceramahh, menangiss lahh kan sebab terasee, kitorang sume memang pernah buat bende tu, malam tu dapat lah hidayah lepas dgar ceramh tu walaupun tersangat lah mengantuk. Paling happy biler abang fesi kate hari nie kitorang dapat tidur awal 'sikit' daripada semalam. muka masing2 happy je. hehe, Tapi, tibe2 lak lepas dok dlm khemah, sume kene beratur gi surau balik. apesal beb?

Lepas ketua kumpulan kire sume ahli2 dah cukup, kemkom yang garang macam harimau tuh, panggil empat orang peserta yang buat kesalahan pada hari nie. kitorang sume dh cuak sangat sebab kalau sorang buat salah, kitorang semua memang kena jugak lah kan. kemkom tanya, apa kesalahan dorang, muke masing2 blur sebab dorang memang macam tak buat salah ape2 kan. Then kemkom tengking, kitorang sume dah, takot giler sebab kemkom kate dia ada rakaman . fulamakk, bile mase lak dorang pasang CCTV dekat sekolah tu, rase mcam cuak giler sampai bulu roma dah naik, semua diam. sunyi. Pastu, kemkom marah sangat2 then keluar dari surau hempas pintu. dia kata nk tunjuk rakaman tuh kat kitorang semua.

Lampu kat dalam surau tu dorang tutup. gelap je. sume dah pandang depan nak tengok rakaman tu, sume tertanya-tanya ape yg dorangg dah buat ?

pastu sorang cikgu and fesi masok bawak kek dah siap2 nyalakan lilin. Then kemkom pula masok, muke kemkom tetap serius. tak pernah tengok diaa senyuj ouh! nak tengok diaa senyum. haha, Then tibe2 dorang pasng lagu 'Allah selamatkan kamu', kitorang ramai2 tepuk tangan and nyanyikan lagu tu untuk dorang skalii. awww sumpah BESTTT !!
Bertuah sangat2 kat dorangg sebab birthday dorang time tuh :D kitorang dah sukaa sangat kat kemkom yang garang and fesi2 sumee. dorangg sebenarnya baikk :') haha. pastu balik khemah, hari nie kitorang tidur pukul bape tah sebab takde jam tapi yg confirm dah pagi kot.


13 Febuari 2011
kitorang dibangunkan pagi2 lagi tapi taktahu pukul berape sebab fesi tak bagitahu. Lepas dah siap2 pakai selipar and tudung, terus berkumpul di surau. kitorang gi sane tanpa mandi sebab fesi suruh cepat. kalau lambat, gerenti lah kena denda. tak sanggup kitorang nak kena denda lagii.

sampai kat surau, kitorang kena duduk dalam kumpulan and tutup mata guna ribbon. barang amanah wajib bawak dimana sahaja berada. Tutup mata tu, kitorang kena selawat, jangan berhenti selawat. Lepas tu, kitorang dengar fesi ceerita sambil mata ditutup. kitorang menangis. perempuan paling kuat menangis. kitorang dengar suara izrail menyoal dalam kubur. memang boleh bayangkan sebab time tu gelap sangat2 macam dalam kubur:'( memang berdebar sangat time tu. aku sampai tutup telinga tapi dapat jugak dengar suara malaikat tu sebab suara tu kuat sangat. kitorang sedih sangat. kitorang rasa macam dah mati time tu tapi alhamdulillah Allah panjangkan umur kitorang. Kitorang dengar yang mintak ampun kat Allah, supaya dapat hidup kat dunia lagi. kitorang taknak jadi camtu, kitorang insaf sangat3 lepas dengar semua bende tu. kitorang taknak menyesal dalam kubur. kitorang dengar suara malaikat Izrail marah, dan sebat guna rotan yang besar. sakiit sangat kalau kena tuh. sumpah aku takot sangat and aku insaf giler lepas dengar semua tu. :"(

Then fesi suruh bukak mata balik, bukak ikatan ribbon tu. terkejut sangat2 sebab lepas je bukak ikatan tu, kedudukan kitorang dah berubah. tak duduk dalam kumpulan lagi. budak2 laki lak berkerumun kat depan. asal jadi macam tu eyh ? Lepas tu, mata semua dah merah sebab nangis. Then fesi suruh bangun tengok ada apa kat depan kitorang, lepas gi depan nak tengok ada apa, sumpahh terkejot sangat..! nak tahu ada apa ? kat depan tu ada MAYAT !
serraamm sangat... :"((

Lepas tu, fesi bagitahu yang jam sekarang tepat pukul 4 setengah pagi. wowww !! baru pukul 4 setengah pagi ? terkejot sangat, so mananya kitorang bangun pukul bape tadi ? Then, kitorang kena balik khemah dan siap2 untuk aktiviti seterusnya. Pukul 8:45 pagi, kitorang kena berada kat tapak perhimpunan, semuaa menepati masa! :) Tepat jam 8:45 semua dah berkumpul kat tapak perhimpunan sebab ada poco-poco. kitorang semangat hari nie nak buat poco-poco and senamrobik guna lagu! hehehe, semangat giler and happy sangat buat poco2 tapi agak malu lah sebab ramai orang tengok, kebetulan pulak hari nie ade hari KARNIVAL KAT SEKOLAH AKU.

lepas poco2, sarpan pagi and kitorang pergi surau. kitorang dapat balik barang2 kitorang yang kena rampas masa first day kem hari tuh :') Lepastu, kitorang suka gilagila time nyanyi lagu tema kem tuh. tajuk lagu tu SATU TEKAD. lagu tuh BESSTTT sangat ! :)

Lepas fesi dah cakap2, kitorang kena pergi surau sebab mak ayah peserta2 dah tunggu kat surau. memang menagiss time tuh sebab sedihh sangat. sumpahh rinduu ! Banyak sangat pengajaran yang aku dapat kat kem tuh :') I miss Rabbani Training Center !

Lepas penutup, aku and the gang pergi karnival pulakk.
kat sekolah jer :D
btw, RTC - camping That must remember


sekian untuk cerita hari ini :D
best kan ? HAHAA.
btw, gambar atas nie bukan cara aku menaip tau. agagga..


The name given is Aqilah Zahirah Zulhisham. She loves to blogging since 2007 :)She lives in Kuala Lumpur,Malaysian. There is her own story of love and disappoinment, grief and happiness.

Diary About
 Sweet Stalker


Hi readers! Tekan iklan bawah ni untuk dapatkan duit :) masyukk !!
Template By: Umi Humaira
Owner: Qilaazahiraaa