The One and Only
Saya 'pernah' jadikan dia sebagai IDOLA. D:
Thursday, January 5, 2012 • 1/05/2012 02:23:00 AM • 0 comments

Pastikan anda baca dari mula sampai habis dan jangan tinggalkan walaupun sepatah ayat :P


Hari nie Mula sekolah laaa :) Aku ingat lagi sebelum kitorang tinggalkan sekolah, maksudnya lepas je habis Spm. Kitorang sepah-sepahkan kelas tuuuu. AHAHHA. bagi gempak sikit. Macam 'tongkang pecah'. Kerusi meja tunggang terbalik, sampah sarap bersepah dan yang paling penting, kitorang koyakkan semua maklumat dekat papan kenyataan. HEHEHE. Oh yeah, takpelah sepahkan kelas sendiri :) 

Nak tahu apa sebab kitorang buat cmtu ? Yelaa, kitorang taknaklah budak-2 batch '95 yang akan guna kelas tu jadi pemalas. Kitorang nak dia rajin dan bekerjasama kemas kelas tu sama-sama. Baikkan kitorang ? HAHAHA. Best tuuu sepahkan kelas. Aku rasa 5 AR dengan 5AT jer memang kelas pecah punya. Best tak junior-2 ku ? First day sekolah dah boleh tengok kelas yang selalu dapat kelas keceriaan jadi gempak macam tu :) Well, kitorang nak bagi suprise je. So jangan marah :P Suprise takk ? :D

Tu pun kira okey lah sebab kitorang tak koyakkan kain hitam and bunga-2 yang kitorang tampal kat belakang tu. Tak pun kitorang tak kikis cat kat dinding kelas tu. So bersyukurlah :)

Macam biasa hari nie aku update pukul 2 pagi. Biasalah tinggal UK kan. HEHE. oh yaa, cakap pasal UK, aku teringat sorang perempuan yang pernah aku jadikan dia sebagai IDOLA aku suatu ketika dahulu. Masa form 2, teacher suruh buat buku skrap pasal IDOLA dan aku telah lakukan dengan baik sekali tentang Seorang pelajar terbaik SPM 2004 iaitu NUR AMALINA CHE BAKRI.

Hari nie, 4 Januari, telah keluar paper bahawa Amalina sekarang telah berubah. Tudung dah buang. Rambu perang. Mula-2 aku tengok sumpah aku tak percaya langsung tu dia ! Sebab aku suka sangat kat dia. Dia Idola aku weh. And now, everything have been changes. :'(

Hidayah Allah nie halus. Mudah hilang kalau tak dijaga. Jadi kita sebagai umat islam kena sentiasa ingat. Doakan yang terbaik untuk Nur Amalina . Mungkin sekarang ni dia tak sedar, jadi mari kita doakan dia berubah sebelum terlambat. Kita manusia memang terikut dengan budaya barat. Mintak Allah jauhkan dan semoga semua umat islam dilindungi. Ameen..

Sekarang nie zaman fitnah dajjal. Kalau kita ada masa, setiap hari khamis malam jumaat, kita baca 10 ayat awal dan 10 ayat terakhir Surah Khafi. InsyaAllah, surah ni boleh elakkan kita daripada fitnah dajjal.


Tapi kita cuma kenal Amalina dari jauh. Klau betul dia berubah jadi liar, kita berharap semoga dia mendapat hidayah Allah. Tapi zaman skarang juga bukan susah nak edit-2 gambar jadi camnie kan. So susah nak percaya. Kata mak Amalina, Amalina memang tak bertudung, hanya di sekolah sahaja dia bertudung tapi hakikatnya dia memang keluar tak bertudung. Wallahualam.. Kita bukan lemparkan tuduhan atau fitnah tapi kita cuma inginkan perubahan yang baik pelajar terbaik Malaysia suatu ketika dahulu. :')

Ingat lagi tak Ariff Alfian ? Dia belajar tinggi-tinggi sampai luar negara api kahwin dengan orang putih. Gay pulak tuu ! Apa jadi dengan semua rakyat Malaysia yang belajar di luar negara ? Yelah, orang bukan Islam  bersunggu-sungguh untuk memperdayakan umat islam :'( Ya Allah, jauhkan Kami daripada fitnah dajjal !

Amalina Che Bakri 17 A1 :)

Amalina Che Bakri di Unitd Kingdom :(


nur amalina che bakri sejarah berubah
siapa tidak kenal nur amalina
nama yang cukup meninggalkan kesan
mencatatkan suatu sejarah megah
membanggakan semua guru sekolah
membanggakan hati ibu dan ayah
membanggakan semua rakan taulan
semua ingin susuri jejak jayanya
semua ingin mendengar kisah hidupnya
ia bagai suatu sejarah indah
yang terpahat di buku sejarah
nur amalina che bakri sejarah berubah
namun segalanya kini berubah
sudah terpalit warna kehitaman
apakah kerana kejutan budaya
apakah jua tanda lemahnya iman
atau jua tanda sebuah kemodenan
hanya nur amalina yang tahu
apakah yang bermain di fikir akalnya
kita sebenarnya tidak tahu
kita hanya mampu melihat sayu
hanya terpaku dari kejauhan
sambil mengharapkan suatu perubahan
perubahan untuk segala kebaikan
nur amalina che bakri sejarah berubah
sememangnya manusia boleh berubah
jika berubah kepada kebaikan
itu pasti semua menyokong
namun jika berubah kepada keburukan
itu sama-sama kita tolong
selagi ada dayanya kita pasti tolong
hulurkan tangan selagi termampu
kirimkan doa selagi termampu
agar nur amalina terus kembali
menjejak sejarah jayanya dahulu
semoga tuhan berkati
insyaAllah …

The name given is Aqilah Zahirah Zulhisham. She loves to blogging since 2007 :)She lives in Kuala Lumpur,Malaysian. There is her own story of love and disappoinment, grief and happiness.

Diary About
 Sweet Stalker


Hi readers! Tekan iklan bawah ni untuk dapatkan duit :) masyukk !!
Template By: Umi Humaira
Owner: Qilaazahiraaa