The One and Only
Situation yang ter-over tanpa sengaja
Tuesday, October 2, 2012 • 10/02/2012 09:26:00 PM • 0 comments

Oct 02 2012- hari ini jam 2.15 PM aku segera ke pejabat asrama untuk meminta izin ke klinik swasta yang berdekatan. Van kolej dah disediakan untuk menghantar pelajar-pelajar ke hospital/klinik jika berlaku kecemasan atau sakit. Aku dan Aina ke klinik Rafflesia- Kangar. Aku segera menghubungi mak aku untuk bertanyakan tentang kad panel tersebut. Tapi tidak dapat. Mungkin kehabisan bateri. Berkali-kali aku cuba, tapi  tetap tidak dapat dihubungi. Aku mahu telefon abah. Tapi hati pilu. Maksudnya, aku rasaa nak nangis. Tak tahu sebab apa. Mungkin aku sedih dan gembira. Pilu dan rindu. Macam-macam perasaan yang aku rasai, dan aku tidak dapat meneka apa perasaan ku yang sebenarnya ketika itu. Nak taknak aku mendail nombor abah. Macam biasa, abah menjawab telefon dengan bahasa cinanya. Aku cuba control hati nie supaya seperti tidak apa-apa yang berlaku. Aku rindu semuanya.  "abah, kad panel ni boleh pakaikan.."tanyaku sambil buat-buat ketawa. (sedangkan hati rasa nak menagis).. "boleh,tapi kat klinik swasta je lah..isi borang je"jawab abah.. "Dah tanya,tapi orang tu kata tak boleh pakai"balasku, menahan kesedihan. "boleh, dekat depan klinik tu ada tak dia letak PMCare, kalau ada maknanya boleh. selalunya klinik swasta memang boleh"kata abah lagi. "okay,orang tu tengah check....."aku berhenti. Dan,aku sambung lagi, " erm boleh pakai kut,boleh pakai..nanti orang tu panggil" jawabku sambil menangis. Aku dah tak tahan. Nak nangis jugak. Tak tahan. Akhirnya keluar jugak air mata ini. "kenapa menangis?"tanya abah. Aku diam. Memikirkan jawapan untuk diberitahu. "kenapa pergi klinik?".. "kene..kene gigit binatang tu.. charlie.." Jawabku teresak-esak. Menangis. (weh,tak dapat control wey, segan!) "kena lagi?!" abah tanya. abah sambung lagi, "sakit ke?".. Aku jawab,"haah,sakit.." padahal pedih jer. Memang sakit. Tapi masa tu tak rasa sakit sangat cuma pedih je.Tapi, boleh tahan lagi,aku kuat. Cuma, tak kuat kat dalam lah.. Seriously, AKU SENSITIVE SANGAT NIE KENAPAAA?! Aku nangis sebab aku rindu kat abah, kat umi, kat semua orang, aku rindu KUALA LUMPUR ! 
 Then, aku masuk bilik doktor. Time aku masuk tuh, mata aku dah merah. Doktor tu nama -Tinny. Dia baik sangat.

"Kenapa menangis?" tanya Doktor Tinny

Aku hanya memberikan sekuntum senyuman. Tak dapat nak cakap. sorry la der.

"Sakit ke?kena charlie?"

Aku angguk. Tak boleh cakap wey nanti lagi aku nangis. okay, cover-2. Rileks. fuhh.

"Biasalah dik, sini kawasan kampung. Charlie tu binatang sawah padi tau. Kolej adik dekat kawasan sawah ke?"

"Tak lah sangat." kataku.

"Macamana boleh kena banyak nie..rasanya musimnya nak habis dah..,takpe nanti doktor bagi ubat krim yang besar. lepas kering je,sapu ye"

"okay.." aku senyum.

"Jangan risau, before nie, ada 5 boys datang dri kolej adik jugak. Lagi teruk dia kena" cerita doktor Tinny.

"hermm.." aku taktau nak jawab apa, just sengih je dri tadi.

"Dah ye jangan nangis, dah besar pun,sikit je sakit tu.. nanti apa2 datang lagi kalau sakit" Kata doktor dengan tenang sambil menunjukkan senyuman yang manis.

Doktor, kalau nak tau saya takdelah nak nangis sbb kena gigit charlie. saya nangis sebab ter-call ayah saya tadi. Saya rindu family saya. Saya rindu rumah saya. TAPI, itu cuma luahan hati. aku masih tak bersuara.

Aku keluar dari bilik pesakit dan menuggu di luar.

"AQILAH.."

Panggil seorang pembantu. Aku segera mengambil ubat. Sebenarnya sebelum ini aku dah pernah kena gigit charlie kat pipi. Tapi sikit jelah. aku takdelah pergi klinik. Masalahnya sekarang nie, kat leher aku kena gigit banyaaaaak weyyy. ! Datang sini dengan leher yang cantik, then dapat parut ! sedih sgt. Kejap je nikmat Tuhan bagi kan. hmmmm. :'( Allah sedang menguji. Ya Allah, kuatkanlah aku ! :')

The name given is Aqilah Zahirah Zulhisham. She loves to blogging since 2007 :)She lives in Kuala Lumpur,Malaysian. There is her own story of love and disappoinment, grief and happiness.

Diary About
 Sweet Stalker


Hi readers! Tekan iklan bawah ni untuk dapatkan duit :) masyukk !!
Template By: Umi Humaira
Owner: Qilaazahiraaa