The One and Only
Lega tapi masih nervous !
Thursday, November 22, 2012 • 11/22/2012 05:23:00 PM • 2 comments


Assalamualaikum penduduk bumiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii ! :D *eksaited*

Hari ni rasa lega yang amat ! Kenapa ? Sebab aku dah LULUS :) Niat aku nak ada lesen P sebelum balik semula ke KMP sudah tertunai. Terima kasihhhh saaaanggaaat kat kawan-kawan yang tak pernah jemu menjawab soalan aku (ceh, mana aku tahu dorang tak jemu? entah-2 merungut dalam hati kut?) Tapi takpe, kini aku taknak tanya apa-2 lagi kat korang. Okay lah tu kan? Hihi. Terima kasih abah, cikgu memandu tu dan Ya Allah, terima kasih! :'D

Walaupun pagi tadi sangat-sangatlah nervous. Kaki menggeletar kut time nak naik bukit tu tapi buat cool je. Rasa macam nak tawakal je la. Dah atas bukit tu, aku tarik handbreak pastu angkat tangan kat JPJ - tu isyarat kata dah okay ke saya buat ni?

Lepas dia kata okay, Jalan. Dengan sukanya aku tekan minyak kuat-2. Hehe! sebab apa? Sebab cikgu kata kita boleh sukati je nak tekan minyak kuat-2 atas bukit tu lagipun kereta tu dia bayar insurans bermakna takpe lah kan. Yela, tengah pegang lesen L kan, kalau langgar kereta depan pun boleh? Haha. Tapi takdelah aku nak buat macam tu. Time tu gile punya hati-hati lah aku bawak :)

Time nak buat jalan raya, turn aku je hujan lebat sangat ! Yang ni best sangat. sebab buat test dalam hujan ! Haha. sukaaaaaaaaaaa :'D dan, akhirnya aku LULUS dan dapat pegang lesen P :) 
'saya sedia!..saya sedia, saya sedia!' - sila baca dengan nada spongebob. Hihi. Alaaa comeynya balik-2 je ada cerita spongebob, dia tengah buat ujian memandu jugak. Haha. Lol. Tapi aku buat test tadi takde radio kecil dalam kepala macam patrick buat kat spongebob tau? Ini rezeki namanya. Syukur sangat okay. sebenarnya dah lama dah ambik lesen ni dari bulan 12 tahun 2011. haaaa sebab takde masa, aku pun tangguh2 la dan sekarang alhamdulillah dah habis. rasa kurang sikit beban dalam kepala ni.

Tapi aku masih lagi nervous. Ini bukan nervous sebab nak ambik lesen tadi. Bukan jugak nervous sebab orang datang merisik. Bukan jugak nervous nak buat exam. Yang ni nervous sebab nak tahu berapa result PSPM1. haaaaaaaa aku masih lagi nervous. Aku berharap usaha aku berbaloi dan dapat keputusan yang cemerlang. Nak PNGK 3.8 keatas! Amiin. In sha Allah.

The name given is Aqilah Zahirah Zulhisham. She loves to blogging since 2007 :)She lives in Kuala Lumpur,Malaysian. There is her own story of love and disappoinment, grief and happiness.

Diary About
 Sweet Stalker


Hi readers! Tekan iklan bawah ni untuk dapatkan duit :) masyukk !!
Template By: Umi Humaira
Owner: Qilaazahiraaa