The One and Only
Susah ke nak buat baik..?
Monday, February 11, 2013 • 2/11/2013 02:47:00 AM • 3 comments

Assalamualaikum warga blog yang dikasihi. Selamat pagi.

2.26 AM.

Masih ada sahabat-sahabat yang belum tidur? Sudah tentu. Dan,aku tidak terkecuali. Sbenarnya dari jam 10 malam lagi mataku sudah berat. Ingin sekali aku melepak sahaja dalam selimut. Tapi, apakan daya.. setiap kali aku baring, pernafasanku tak stabil. Aku baru lepas demam. Tak baik sepenuhnya lagi. Sakit. Perit. Tekak aku pedih. Mata juga, silau. cahaya lampu memang musuh ketat. Tapi, cahaya matahari okay. anehkan?
gambar hiasan

Aku cuba untuk baring. sekali lagi. Tapi, tetap seperti tadi. hidung dan tekak ku amat perit. Jadi, aku bangun minum segelas air mineral. Lega. Bila baring, hidungku tak boleh bernafas dengan baik. Tersumbat. Jadi, aku cuba bernafas menggunakan mulut. Tekak pulak sakit. Ya Allah, dasyat sungguh kekuasaan Mu. Bila Allah mahu tarik satu nikmat tu, berlaku sekelip mata. Astagfirullah..

Aku ada niat nak ubah diri aku. Menjadi lebih baik. Bila aku fikir, memang banyak dosa yang lalu. Aku takut bila fikirkan semua tu. Macamana aku nak lalui semua ni sorang-sorang kat alam sana? Hidung tersumbat pun, abah aku beli ubat hara rm50 untuk kesembuhan. In sha Allah mustajab dengan kekuasaan Allah. Bila aku tak larat, aku suruh mak aku doakan untuk aku supaya cepat sembuh. dan, dengan segera mak aku tadah tangan meminta kesembuhan kepada Ilahi. Masa aku demam, abah baca sepotong ayat al-quran kat atas kepala supaya kurang pening. Kadang-kadang bila mata aku tak dapat tahan cahaya lampu yang menyilau, aku mengadu kat parents. Kerana mereka, aku masih bersemangat melawan demam ini. Camana akalau aku sorang-sorang nanti? Siapa nak dengar lagi rintihan aku. Sedihnya.. nanti dalam alam sana, gelapkan? agak-agak masih silau tak mata ni? Ya Allah, takutnya aku!

Aku berniat nak ubah penampilan diri. Aku taknak baju yang ketat. Semuanya mesti bawah punggung baju yang aku pakai nanti. Aku ada niat semua ni bila aku dapat masuk universiti yang aku idam-idamkan nantii. Aku nak jaga aurat. Aku nak keluarga aku masuk syurga. Aku taknak orang bukan muhrim ternoda. Takkan, dan tidak akan diulangi sama sekali. Itu prinsip aku. In sha Allah.

Dan, esoknya aku demam. Orang demam sebab Allah nak hapuskan dosa-dosa kecil kan? Bermakna Allah sayang aku kan? Tapi perit. Bermakna dosa-dosa aku dah terhapus ke? Wallah hualam. Aku brharap dosa-dosa aku dihapuskan.

Semuanya berlalu dalam beberapa hari. Semua rancangan aku musnah. Hancur. Aku dah janji dengan kawn-kawan aku untuk keluar KL bersama-sama. Lama tak jumpa diorang. Macam biasa, setiap kali aku balik bercuti, semestinya akan aku lepaskan rindu kat kwn2 tersayang. Tapi, semuanya hanya kata-kata. Aku demam, perjumpaan aku dan member2 cancel. Bukan sengaja untuk aku memungkiri janji. Ini semua hanya rancangan dan tak tahu akan berlaku macam ni.

Mungkinkah semua ini ada hikmah disebaliknya? Ya, Allah lebih tahu yang terbaik untuk hamba-Nya, kan? :')

The name given is Aqilah Zahirah Zulhisham. She loves to blogging since 2007 :)She lives in Kuala Lumpur,Malaysian. There is her own story of love and disappoinment, grief and happiness.

Diary About
 Sweet Stalker


Hi readers! Tekan iklan bawah ni untuk dapatkan duit :) masyukk !!
Template By: Umi Humaira
Owner: Qilaazahiraaa